Sep 30, 2014

Hari Kopi Sedunia : Percuma Pakej Wonda Coffee Jika Booking teksi guna MyTeksi

MyTeksi_Wonda_Coffee_Page 

29 September merupakan Hari Kopi Sedunia.Tahu pun masa otw ke opis..Dengar channel Hot FM..Kebetulan masa tu Irna dan Mr E memang teringin nak minum kopi..Plan nak cari koi yang sedap..

Irna suka beli kopi jenama Wonda kalau singgah 7Eleven atau mana2 tempat yang ada la kopi tu.Irna paling suka Mocha Wonda Coffce.Baunya yang harum semerbak...Tak tertahan bau kopinya..

Sempena Hari Kopi Sedunia ni,Wonda Coffee bergabung dengan My Teksi Sdn Bhd menawarkan WONDAful Coffee Package percuma untuk pelanggan My Teksi..Ianya dihantar sampai depan pintu rumah korang nanti..Event ni bermula pada 29 Sept hingga 03 Oct 2014

Teaser 

Caranya senang ja..

Firstly,kena ada la app MyTeksi tu dalam hp korang dulu..Heheheh


I want a WONDAful Coffee Package!

1) Open the MyTeksi application.

2) A special car type ‘#WONDAcoffee’ will appear in the MyTeksi app only on 29 September (Mon), 30 September (Tues), 01 October (Wed), 02 October (Thurs) and 03 (Fri) October 2014, between 10:00am – 5:00pm.

3) Select ‘#WONDAcoffee’.


Phones_Wonda_Mock2 

4) Insert the address where you want your WONDAful Coffee Package to be delivered in BOTH the pick-up and drop-off fields.

5) Once confirmed, your WONDAful Coffee Package will be on its way!

6) Tag us @myteksi on FB/Twitter/Instagram with a picture of your and your package and hashtag #WONDAcoffee


  • Only 400 delivers per day, strictly a first-come-first-serve basis.
  • Valid only for Klang Valley, Penang, Johor Bahru and Kuching city area.
  • Delivery is FREE, you do not have to pay anything to the taxi driver.
  • Please be ready to collect your Happy Package from the taxi driver at the drop-off location.
  • Allow up to 1 hour to receive your delivery.
  • Not applicable for Advance Booking.
  • For any issues, please call the MyTeksi hotline at 0320355858.

Klik link ni kalau nak tahu detail... 




Sep 29, 2014

Instant Camera Yang Popular Zaman Sekarang..



Sekarang ni instant camera amat digemari oleh generasi muda dan peminat fotografi. Harga yang ditawarkan berpatutan dan kualiti amat memberangsangkan..Banyak jenis model yang dikeluarkan sekarang..Menepati citarasa anak muda..Hehehe..Ayat skema la pulak....

Irna suka sgt Model Fujifilm Instax Mini 8.Ala mcm yang digunakan oleh Aida pelakon drama yg famous OST Rindu Awak 200%.
Snap pic....Pic akan diprint terus...Best kan?
 
Of course la Irna pilih kaler Pink

Jom kita tengok model Instant Camera yang lain..Mana la tahu korang minat nak beli satu hari nanti
 

Model : Altek Cubic Smart Mini Wireless Selfie Camera 
 

 

Model : Fujifilm Instax Mini 90 Neo Classic 

 
 Model : Polaroid Z2300 10MP Digital Instant Print Camera
 
 Model : DIY Recesky Twin Lens Reflex TLR 35mm Holga LOMO

 

Model : GoPro Hero 3+








Sep 27, 2014

Unity Sports Fiesta anjuran Dyslexia Association of Malaysia.


 

Sesiapa yang berada berdekatan,boleh la singgah di sini dulu.Belajar mengenali apa itu Disleksia.Bawa keluarga anda bersama membantu mereka yang istimewa.

Review Produk : Proton Iriz


Semalam saja ja ronda di Village Mall,Sg.Petani selepas bawak 2 Q makan.Kebetulan Proton Edar ada buat showroom kereta model baru iaitu Proton Iriz di ground floor Village Mall..Singgah kejap tengok secara dekat la..Hehehe..Apa lagi Irna dan Mr E pakat belek la Proton Iriz tu..Sebelum ni Irna ada post entry mengenai Proton Iriz ni..

Ni entry tu PROTON IRIZ

Ramai jugak orang datang tengok Proton Iriz ni secara dekat model ni...Jom kita layan pic yang Irna sempat ambik..Yang ada kat situ cuma Proton Iriz Standard 1.3cc ja.Harga dalam lebih kurang RM42k.

Pendapat Irna mengenai Proton Iriz ni ia model yang nampak elegen.
 1. Macam model Perodua Myvi.Tapi versi Proton la.
2. Ruang dalaman nampak selesa cuma tempat duduk belakang nampak sempit sikit.
3. Bonet luas juga.
4. Warna pun menarik tapi Irna lagi suka warna hijau pucuk pisang tu.
5. Mampu milik.
6. Sesuai untuk orang muda zaman sekarang.
7. Menepati citarasa dengan harga yang berpatutan.

Sori yerk..Pic tak cantik sebab pakai kamera My Tab ja..Cap Itik..

 Dari depan memang nampak cantik.High class...

Design lampu depan nampak sporty.




Mesin Deposit Syiling


Bank Negara memperkenalkan Mesin Deposit Syiling di seluruh negara iaitu bank-bank tempatan,pasaraya dan cawangan Tabung Haji.Pengguna boleh mendepositkan syiling terus masuk ke akaun menggunakan mesin yang sama.Senang kan?


Bawah ni contoh mesin deposit syiling dari CIMB.

 
1. Sebelum tu pastikan anda ada akaun bank CIMB ya..
Masukkan duit syiling anda ke dalam tempat khas yang disediakan untuk dikira jumlahnya.
 
 
2. Satu paparan jumlah keseluruhan syiling akan keluar di skrin.

http://3.bp.blogspot.com/-s1Pb2OLAVq8/VCPTYcu0olI/AAAAAAAAQmo/6CY5jKIq5y4/s1600/IMG_18470012028323.jpeg 
 3. Resit akan dikeluarkan untuk rujukan anda.Jumlah keseluruhan syiling terus dikreditkan ke akaun simpanan anda.


Senang kan?Mudah dan cepat..Tak payah beratur di kaunter.

# Nak tahu bank tempatan lain yang menyediakan kemudahan ini,klik link di bawah.





Sep 26, 2014

Review Hotel : Sri Sayang Resort Service Apartments,Penang


 

Sesiapa yang nk bawa family atau kawan2 bercuti di Penang dan cari hotel budget,boleh cuba hotel Sri Sayang Resort ni..Irna gerenti anda puas hati pilih apartment ni.

Sri Sayang Resort Service Apartments terletak di Batu Feringgi,Penang.Terdapat 33 tingkat bilik apartment di sini.Sri Sayang Resort  menyediakan 1,2 dan 3 bilik untuk dipilih oleh pelanggan.Setiap apartment disediakan telefon,televisyen,penghawa dingin dan kemudahan membuat kopi..Bagi yang ingin masak sendiri,jangan risau..Dapur juga disediakan.

Harga yang ditawarkan berpatutan.Kemudahan lain di Sri Sayang Resort ialah tempat parking kereta (berbayar),kolam renang,kedai serbaneka,kedai cenderamata,court tenis,kaunter pertanyaan dan security 24jam,housekeeping dan sebagainya.


 

 

Sri Sayang Resort ni dekat dengan kedai makan tempatan,stesen minyak dan Batu Feringgi Night Market.Lebih kurang 15 minit.

Benda yang yang paling suka semasa menginap di Sri Sayang Resort ni ialah permandangannya yang betul2 depan Pantai Batu Feringgi.Paling cantik waktu subuh dan senja..Boleh hilang stress  tau tgk..

Ni ja pic yang sempat ambik sebab Irna sibuk control anak dok nak panjat..Tinggi ni..

                                                                   Permandangan waktu pagi

Nak tahu detail lagi pasal Sri Sayang Resort ni..klik link di bawah ya...

 Website 


 







 




Perisa Ais Krim Apa Yang Korang Suka?


 

Ais krim sinonim dengan kanak-kanak kan?Hehehe..Tapi ada juga orang dewasa suka makan ais krim..Desert yang paling disukai Irna dan Mr E..Kami berdua ni pantang nampak ja peti ais krim..Terus terpa..Mengalahkan anak-anak..Kadang2 time hujan pun still makan ais krim..Sampai member kata kami berdua ni gila-gila..Haahaha..

Perisa apa yang korang selalu pilih atau korang suka? Fav flavour korang la..Irna paling suka sgt perisa COKLAT.. 


 Mr E pulak suka perisa VANILA..
 
 

 Sekarang ni dah ada banyak outlet jual ais krim..Yogurt pun boleh buat ais krim..Contohnya outlet yang selalu orang pegi ialah Tutti Frutti

 

 Selain tu,Baskin Robbins
 

Kelainan pada ais krim ni ialah kita boleh bubuh aksesori tambahan apa yang kita suka..Hehehe..Mcm kat bawah ni..


D.I.Y ( Do It Yourself )

 

 

 
 
 
 
 
 

 
 
 

Sep 25, 2014

Throwback: 3 Q bila dengar lagu shuffle..Hehehe


Throwback: Qayyim , Budak Yang Suka Makan Petai..

 
Video ni masa Qayyim baru 2 tahun

LAZADA #MYCyberSALE

http://ho.lazada.com.my/SH3xqd 
Sapa suka beli barang online di LAZADA? Irna salah seorang dari uolls.Dah banyak barang yang Irna beli di LAZADA mcm handbag dan jam tangan.Servis memang terbaik la..Cepat..Pagi ni order..Esok petang dah dapat..Best kan?
Sebelum ni Irna ada post entry pasal #MYCyberSALE yang mula pada 29 September sampai 01 Oktober 2014..LAZADA salah satu online shop yang terlibat..Diskaun sehingga 95% iaitu bermula dari RM2 utk barangan di LAZADA.
Set date ya uolls...Boleh shopping apa yang uolls suka..Macam2 ada....

*Klik link kat banner utk tahu barangan apa yg menarik...

atau link ni

http://ho.lazada.com.my/SH3xqd

Sep 24, 2014

Giveaway Saya Nak !

 
Klik banner utk join



Giveaway Floral Skirt

Klik banner utk join

' Senyumlah,hidup ini indah '



Qayyim & HotWheels

Jumaat lepas,saja ja bwk 3 Q ronda Penang...Singgah Gurney Plaza..Kononnya nk  bawak Qurratul tengok Barbie Day's Out di Toy'us..Sampai2 tgk x ada apa pun..Cuma dpt belon ja..

So,kami 5 beranak pun ronda la dlm Toy'us tu.Explore apa yang patut..Tiba2 ternampak Hot Wheels buat promotion..Apa lagi....pakat terpa la nk pilih kereta sorang satu..Qayyim nampak teruja..Akhirnya,kereta Bumble Bee pilihan Qayyim..

Qayyim memang suka kereta jenama Hot Wheels.Tahan lama dan tahan lasak..Tak mudak rosak.Macam2 koleksi kereta Hot Wheels dikumpul oleh Qayyim..Nasib baik la murah..Klau x,abis mak dia siap duit....

Sep 22, 2014

Bawa 3Q tengok wayang Planes..Fire & Rescue


Cuti sekolah yang lepas...bawak 3Q tgk wayang Planes Fire & Rescue kat Village Mall,SP..Selalunya kami suka tgk di GSC Amanjaya Mall tp awal sgt lak tiket..Pukul 8 mlm..Tak sempat nak balik siap la klau mcm tu..Hehehe..Kami suka tgk wayang setiap hari Rabu sebab hari tu tiket murah..Dewasa RM7 dan kanak2 RM6 ja.Pandai x?

Kali ni tgk wayang kat Grand Cineplax plak..Tiket beli pkl 8.45mlm tp dah terpacak kat situ pkl 8.15mlm..Kena tunggu lak..Ronda dulu..Pastu baru beli popcorn..Terus masuk panggung..

Start ja terus x ada gambar kat screen..Cuma ada bunyi ja..Banyak la org dlm panggung tu yang bising..Termasuk kami 5 beranak ni..Bayar mahal2 x ada gambar lak..Hehehe..

Mesti heran kan pasai pa Irna pilih tgk cerita kartun? Anak2 Irna memang minat kartun mcm The Cars ni.Best diaorang kata..Tapi memang best pun..Ada moral value untuk kanak-kanak..

 
Ni la watak utama dalam Planes...Rusty..

SINOPSIS
Kisah mengenai Rusty kapal terbang lumba yang terkenal dimana ia mengalami kerosakan gear dan tidak boleh berlumba lagi.Rusty mengembara untuk menceburi dunia memadam kebakaran udara.Rusty menyertai krew memadam kebakaran veteren iaitu Blade si helikopter dan ahli pasukanya yang lain.Pasukan elit tersebut ditugaskan melindungi Piston Peak iaitu Taman Negara yg bersejarah.Di situ juga Rusty belajar cara untuk menjadi wira yang sebenar..

Nak tahu cerita yang selanjutnya..cuba tengok movie ni..Hehehehe...

Untuk movie ni Irna bagi 5 bintang...Memang best cerita ni..Bagus untuk pengajaran anak2 ya...


From The Bottom Of My Heart...

Crying Is How Your Eyes Speak