Nov 18, 2014

Kena Jadi BodyGuard Qayyum..

Tengok tittle entry Irna mesti heran kan?Hahaha...Kena jadi bodyguard untuk anak sendiri..Pasal pa erk?

Sebenarnya tadika Qayyum ada buat lawatan melawat tempat-tempat di sekitar Sungai Petani..Jadi disebabkan Qayyum ni special sikit,Irna kena ikut sekali semasa lawatan tu..Kena jadi bodyguard Qayyum untuk control dia sepanjang lawatan tadika dia...Cikgu tadika Qayyum pula bukan muda..Dah baya mak2 kita ja..Nak jaga anak murid ramai lak..Mudahkan tugas cikgu ja...

Irna nak juga Qayyum terlibat dengan aktiviti luar..Tengok interaksi dia dengan rakan sebaya.Irna cuma tengok dari jauh ja..Alhamdulilah,Qayyum boleh berkomunikasi dengan rakan sekelasnya.Cuma arahan cikgu tu kadang2 ikut...kadang2 x ikut...

First tempat yang dituju ialah Muzium Arkeleogi Lembah Bujang,Merbok.Selepas tu ronda sekitar Sungai Petani..Last singgah di Taman Jubli untuk makan dan main di situ...

Semua berjalan lancar sepanjang lawatan.Qayyum okay dan tak ada tantrum..Irna pula,dapat gelaran cikgu masa lawatan...Mungkin budak2 tu ingat Irna ni cikgu baru kot...Hahaha...Bukan senang nak handle budak2 ni...Merayau merata.....

 

 * Qayyum yang pakai uniform biru tu..Maknya silap info..Sepatutnya kena pakai baju sukan...