Dec 17, 2014

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun Sesuai untuk Anak-anak..

 
 Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Ini salah satu kaedah yang Irna pratikkan pada anak-anak Irna terutama Qayyum dan Qayyim yang memang tak reti duduk diam terutama dalam kereta.

Alhamdulilah,tak sampai 15 minit Qayyum dan Qayyim dah boleh hafal zikir terapi diri ni..Diaorang pun dah boleh duduk diam sambil hafal zikir terapi ni.

 Sunyi sepi ja bila dengar zikir terapi Hafiz Hamidun.Susunan lagu mudah dan senang diikuti oleh kana-kanak..Irna sendiri pun suka...

Boleh juga pasang CD Hafazan Al-Quran,Insha allah..Anak anda akan pandai menghafal..Lagi bagus anak kita didengarkan zikir dan alunan ayat Al-Quran daripada muzik zaman sekarang.

Mana tahu satu hari nanti anak anda akan menjadi Qari atau Qariah..

Kaedah ini memang berkesan kepada anak-anak Irna..


Free Sample : Kotex Fresh Plus Liners

Hari ni Irna nak update pasal free sample lagi..Kali ni dari Kotex Malaysia pula..
Irna dapat 3 keping Kotex Fresh Plus Liner Ultra V-Care dan 3 keping Kotex Fresh Liner Longer & Wider Daun Sirih.



 


Irna pilih yang Kotex Fresh Liners Longer & Wider Daun Sireh kerana padnya panjang dan lebar serta mengandungi ekstrak semulajadi daun sirih.Baunya pun wangi..Sesuai untuk wanita yang berbadan besar.


Kotex memastikan anda sentiasa kekal yakin !




Nak sample? Klik SINI ya... 

Resepi : Homemade Mee Goreng Basah


Resepi Irna sendiri...

Homemade Mee Goreng Basah

Bahan 
1 paket mee basah
Cili kisar@atau cili boh (ikut suka nak letak byk mana)
5 ulas bawang putih - diketuk
Udang 
Sayur sawi
Tauge
Kicap pekat
Air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara 

1.  Tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau.Kemudian,masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan biarkan sebentar.
3. Masukkan kicap pekat +sayur sawi dan sedikit air.Tunggu sehingga sayur sawi layu.
 4.Masukkan mee basah dan kacau hingga sebati.
 5. Last sekali,masukkan tauge dan kacau..Tutup api..Boleh terus dihidang..

Seeloknya makan semasa panas..

p/s : Garam tidak digunakan kerana mee basah sudah ada rasa masin.

 


 

Rindunya zaman tinggal kat asrama dulu...

 
Pic dari http://kvbalikpulau.blogspot.com

Tiba-tiba ja teringat zaman dok asrama time sekolah dulu..Kira dengan jari,dh 15 tahun tinggal zaman sekolah..Lamanya..Tua dah rupanya Irna ni..

Pic kat atas tu la asrama Irna dulu..Blok 6 : Fatimah Az Zahra....Masa tahun 1999 di Sek.Teknik Balik Pulau,Penang....Skrg sekolah tu dah naik taraf jadi Kolej Vokasional..

Tu la first time Irna dok jauh dengan family..Kebetulan ayah Irna kerja di USM,jadi dia rela anak dia ni sekolah kat situ..Hahah..Katanya senang nk jenguk Irna nanti..

Sekolah Irna ni dok di pendalaman tau..Kiranya cuma ada pekan kecil ja kat situ..Pekan Kongsi dan Pekan Genting.Tak ada shopping complex pun..Tempat makan banyak la...

Moment yang paling best sekali masa dok asrama ialah makan maggi dengan air panas..Selalunya time cuti dan port kami ialah bilik tv..Maggi yang menjadi pilihan ialah Tomyam..
 

Zaman tu Irna ni tauke nasi lemak daun pisang kat hostel..Ganti tempat senior  Irna yg sibuk dengan SPM.
Nasi lemak yang Irna jual masa tu memang paling famous sebab aroma daun pisang dan sambal dia..Kiranya kena booking dulu la sebelum warden hantar..Kalau tak,berebut nanti ni..



Kiranya masa time supper tu,bising la orang berniaga dlm hostel tu...Termasuk la Irna..

Tu baru bab makan,banyak lagi moment yg best masa tu...Handle junior yang kena histeria,outing ngan member sampai Bukit Jambul,kena denda, dan bla..bla..Tinggal kenangan..

Kini Irna still lagi contact dengan roomate dan classmate walaupun kami dh kerja dan ada family sendiri..Dalam proses nak buat reunion...


EX EN1 99/2000..You all the best !!!!