Apr 20, 2015

Pizza Baru dari Pizza Hut iaitu Signature Series



Pizza Hut kini mengeluarkan satu lagi piza baru iaitu Signature Series iatu Fisherman Catch,Barbecue Bang,Seriously Sericha,Pepperoni Perfetto dan Italian Primo.

Ia menggunakan 3 jenis keju iaitu Chedder,Provolone dan Mozzarella. Apa yang menarik dengan Signature Series ialah bentuk pizanya yang kebiasaanya berbentuk bulat tapi kali ini berbentuk segiempat sama.

 Untuk harga pengenalan,Signature dijual dengan harga RM12 sahaja berbanding harga normal iaitu RM15


 

Terdapat juga Signature Series Combo dimana RM33.90 untuk 2 orang dan RM66.90 untuk 4 orang.



 

Tunggu apa lagi..Jom kita cuba apa kelainannya kali ini dari Pizza Hut.

Apr 9, 2015

Promosi dan Pakej Kahwin/HoneyMoon 2015 dari The Regency Jerai Hill Resort

The Regency Jerai Hill Resort telah mengadakan promosi dan pakej untuk tahun 2015 pada baru-baru ini.

Promosi tersebut ialah :

1. Room Promotion 2015
2. Teambuilding and Family Day Package


Selain itu,terdapat juga pakej utk perkahwinan dan Bulan Madu yang disediakan untuk bakal pengantin yang gemarkan alam semulajadi.



Bagi sesiapa yang berminat ke sana,boleh la menlayari laman web The Regency Jerai Hill Resort.

Lokasi 

 

Chapter 2 : "Date" dengan Mr E di Puncak Gunung Jerai


Ni sambungan dari Chapter 1 ya...Selain ada resort di Puncak Gunung Jerai..terdapat juga sebuah restoran iaitu Restoran Puncak Kedah.

View dari luar restoran.

Pelbagai hidangan disediakan oleh restoran ini dari sarapan pagi hingga ke makan malam.Steamboat juga ada disediakan bagi pengunjung yang bermalam di sana.Harga yang ditawarkan agak berpatutan.


 Disini boleh melihat kehijauan alam sambil menjamu selera.Tambah pula dengan cuaca agak dingin.

 Dewan Utama sesuai untuk keluarga.

Terdapat juga ruang ala bar bagi pengunjung yang gemar bersantai.

Ruang dapur atau ruang bufet.


Inilah hidangan sarapan pagi yang Eirna dan Mr E order.
Jus oren untuk Mr E dan Hot Capuccino untuk Eirna.


 

Risiko Wanita Berkasut Tumit Tinggi




* Sumber dari NIOSH Malaysia

Apr 8, 2015

Bila Qayyum Qayyim Cuti....

 
Selalunya bila hari cuti atau hari minggu, salah satu aktiviti luar 2Q ialah berbasikal.Nampak ja hari dah petang, bising satu rumah beritahu nak main basikal. Selagi tak buka grill tu, tak habis pot pet la minta nak keluar.

Kali ni, Mr E bawa 2Q berbasikal di tempat lapang berdekatan dengan rumah. Dalam ladang sawit. Qayyum dan Qayyim sukakan berbasikal secara "off-road". Ala-ala BMX rider... 



Apr 7, 2015

Chapter 1 : "Date" dengan Mr E di Puncak Gunung Jerai



Biasanya bila hari Ahad,Qayyum ja ke tadika tapi tahun ni dua-dua hero dah ke tadika..Jadi tinggal Eirna dgn Mr E ja la di rumah.So,Mr E ajak dating kat Gunung Jerai.Bukan senang dapat peluang berdua dengan Mr E ni.

Kami berdua naik ke puncak Gunung Jerai dengan kereta sendiri dan selalunya memang ramai orang yang jogging di sana.Berbasikal pun ada.Kebanyakannya warga tua.Mungkin bosan dok rumah kot.

 
Kat Gunung Jerai ni ada juga kem rekreasi utk yang nak ber"camping di sini.Setiap hari minggu,mesti ramai bermalam di sini.Ada juga rumah penginapan mcm ala chalet untuk disewa..
Yang bestnya, ada kolam untuk berendam dan bermandi manda.Surau juga disediakan di situ.

Ni salah satu rumah tumpangan yg ala chalet tu.

Cantik kan? Permandangan dari puncak Gunung Jerai.

"We"..Sempat lagi berselfie dengan Mr E

 Kalau nak menenangkan fikiran,boleh la duduk di pondok kecil yang disediakan.Sejuk tau cuaca di atas ni.Kalau malam,lagi sejuk macam dekat Cameron ja.

Saya Nak Menang Baju T-Shirt Rekaan Instashop Kloseteers Apparels


 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mei 2015

Para pemenang yang bertuah seramai 3 orang akan dapat baju dengan design mereka sendiri atau design yang akan dilukis oleh Tea Oh Beng sendiri customizedly untuk anda sahaja.

 



Para pemenang akan dipilih secara random. Sebarang tambahan hadiah dari Tea Oh Beng akan diumumkan kelak (bergantung kepada sambutan penyertaan)

Apr 2, 2015

02 April Hari Autisme Sedunia..