Aug 12, 2015

Apa itu Hiperhidrosis?


Pernah tak korang hadapi masalah peluh berlebihan id anggota badan? Terutama sekali di tapak tangan,ketiak atau tapak kaki?

Contoh macam di bawah ini....



Segelintir dari kita mengalaminya atau pernah mengalaminya sebelum ini.Rupa-rupanya Eirna sendiri mengalami masalah ini dimana Eirna telah terbaca  mengenainya di satu keratan akhbar.Tak sangka ia sebenarnya adalah satu penyakit.Bertahun-tahun Eirna mengalaminya dan berbagai cara,produk atau petua dilakukan tetapi tidak berjaya.

Nak tahu ia dipanggil apa?Ia merupakan satu penyakit dimana ia dipanggil Hiperhidrosis.Ramai daripada kita anggap ia cuma masalah kesihatan biasa tetapi sebenarnya ia adalah satu penyakit yang teruk dimana boleh meyebabkan seseorang penghidap rasa tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai serta menjejaskan aktiviti seharian.

Terdapat 3 jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang melibatkan tapak tangan,tapak kaki dan ketiak,hiperhidrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota badan. Punca terjadinya hiperhidrosis ialah ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan atau pembawaan genetik.
Hiperhidrosis menyeluruh pula berkaitan dengan masalah penyakit kanser seperti diabetes,gout,menopous dan sebagainya.

Simptom Hiperhidrosis ialah peluh berlebihan di : -
  • Tapak tangan
  • Ketiak
  • Tapak kaki
  • Muka
Rawatan :
  1. Suntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis di tapak tangan dan ketiak.
  2. Ubat anti peluh seperti Ostematrix dari Shaklee
  3. Ubat anti-kolinergik
  4. Pembedahan ETS.Cuma terdapat beberapa hospital di Malaysia yang boleh menawarkan pembedahan ini iaitu Institut Jantung Negara (IJN),Hospital Sultanah Aminah,Hospital Pantai Bangsar,Hospital Sime Darby Subang Jaya.
  5.  Rawatan Iontophoresis
Ostematrix dari Shaklee

 Rawatan Iontophoresis

    6. Produk Anti-Perspirant.

 
Perspirex
Hiperhidrosis 
Driosec