Apr 14, 2016

Filem Redha-Beautiful Pain khas sempena Hari Autisme Sedunia


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autisme. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D

# sumber dari cinema.com


Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna sebab filem Redha akan ditayangkan di Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Apa bestnya filem Redha ni?
Filem ni berkisarkan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autisme. Filem ini dibuat sempena hari kesedaran Autisme Sedunia.

Pengarah Redha,Tunku Mona Riza menerbitkan filem ini berkisahkan kisah benar sahabat lamanya yang mempunyai anak autisme.

Di Malaysia,kesedaran mengenai Autisme kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah mendapat pandangan negatif bila berdepan dengan anak autisme ini.

Masyarakat banyak memberi pendapat bahawa autisme ni adalah penyakit tapi hakikatnya punca Autisme ini sampai sekarang tidak diketahui.

Eirna sendiri pernah alami pengalaman sebegini semasa Qayyum dikesan menghidap autisme ketika usia 3 tahun.
Mild Autisme + High Functioning

Membesarkan Qayyum banyak dugaan dimana Eirna cuma buat research melalui " Mr Google " dan mendapat sokongan dari keluarga,kawan dan group FB Autisme Malaysia dan blog Pak Yeop Autisme

Alhamdulilah,sekarang Qayyum dah 7 tahun dan bersekolah di PPKI Ambangan Height.

 Eirna sebagai ibu kepada anak istimewa serta wakil kepada parents yang lain berharap Filem Redha dapat memberi kesedaran kepada penonton dan sedia membantu dan menyokong kami memperjuangkan hak anak-anak isitimewa ini.

Jom ramai-ramai tonton Filem Redha bermula hari ini ( 14 April 2016 ) di pawagam.
Kena bawa tisu lebih sebab dengar cerita sedih sgt....
  



Trailer filem Redha - Beautiful Pain

#sumber dari YouTube