Nov 10, 2017

Bila Qurratul request nak laptop sendiri !!!!

Kalau cakap pasal laptop zaman sekarang ni, majoriti korang ada laptop sendiri kan? Tambahan pula sekarang banyak jenama yang keluarkan laptop model sendiri. Contohnya Asus,Acer,Dell dan bla..bla...jenama lain... Jujur nak cakap yang Eirna pun x ada laptop sendiri. Blogging cuma guna my Asus Tab dan My Honor ja untuk up entry dan buat job review..Hehehehehe..Eirna study dulu pun bab IT juga. Kat rumah cuma ada PC keramat Mr E yang tersimpan rapi dalam bilik sebab perintah berkurung untuk 2Q yg suka main game.

Ni sebenarnya nak cerita pasal anak dara kami@Qurratul yang pernah request kt Mr E nak ada laptop sendiri. Korang tahu tak jenama apa yang Qurratul request? Agak-agak korang la apa dia? Of course la jenama yang terkemuka tu...Jenama APPLE tau..Mac Book yang dimintanya...Adoi la anak....Mana nak cari tu? Eirna sendiri pun meminati jenama ini sebab sukakan teknologi yang digunakan oleh Apple ni. Mampu minat sahaja...Nak beli tak mampu.
 

Cerita bab minta laptop ni Qurratul pernah request masa dia baru umur 4 tahun 7 tahun lepas. Terkejut jugak sebab budak seusia muda macam tu boleh tahu pasal produk Apple ni..Besar impian Qurratul masa tu dan dia sendiri tahu harga utk produk tu memang mahal.Dia berharap satu hari nanti dia akan dapat apa yang dia impikan tu.


Kami berdua pun ada terfikir nak belikan laptop untuk Qurratul disebabkan sistem pendidikan sekarang yang banyak menggunakan teknologi untuk belajar. Kemudahan macam ni penting untuk anak-anak generasi kini dan akan datang.Insha allah dan doakan kami untuk berikan apa yang terbaik untuk anak dara kami ya.





Oct 23, 2017

Basri Kuey Teow Kerang Port Makan Yang Sedap dan Best


Cakap pasal Kuey Teow Kerang atau Char Kuey Teow,memang kami anak beranak paling suka hunting port makan yang sedap.Anak-anak Eirna suka sangat dengan menu ni.Entah la ikut sapa punya selera.Heran jugak kami berdua laki bini ni..Asal malam Jumaat ja mesti wajib makan menu ni...Sebab apa malam Jumaat? Khamis sebenarnya hari yang kami laki bini setting untuk bawa 3
Q keluar makan dan hari Khamis kan hari last sekolah. bagi Kedah.

Port makan untuk menu ni banyak dah Eirna pergi area Sungai Petani dan cuba rasa.Ada yang okay dan ada yang kurang rasanya.Jadi kali ni Eirna nak promote satu port Kuey Teow Kerang yang baru di Sungai Petani,Kedah ni iaitu Basri Kuey Teow Kerang.

Lokasi gerai Basri Kuey Teow ni tak susah nak cari tau. Ia terletak di tapak Bazar Ramadhan Taman Ria.Berdekatan Wisma Ria. Sesiapa yang pernah pergi Bazar Ramadhan Taman Ria yang popular disebabkan gerai yang panjang tu. Tak susah la korang nak cari gerai Basri Kuey Teow ni.
Dibuka pada pukul 5.30 petang hingga 12 tengah malam dari Ahad hingga Jumaat 
( Sabtu tutup).

Owner gerai Basri Kuey Teow Kerang ni muda lagi.Kiranya ini bisnes terbaru dia selain supply doh dan bahan membuat pizza bagi francias Hot Pizza. Tak silap Eirna francias Hot Pizza ni dah sampai ke KL. Buatan anak Melayu lagi tu. Eirna pun memang ada beli juga pizza dari Hot Pizza ni dan rasanya memang sedap dan tak mengecewakan.

Jauh pula dah Eirna merepek ni.Sekiranya korang turun Sg.Petani dan nak cuba makan di Basri Kuey Teow Kerang ni,wajib korang pilih menu yang famous kat situ iaitu Kuey Teow Kerang Telur Atas.
 

Nampak sedap kan? Telur mata kerbau@telur gedik atas kuey teow kerang yang masih basah.Memang menyelerakan jika dimakan panas-panas.
 Ditambah pula cabai jeruk..Fuhh...Meleleh pula air liur Eirna tengok pic ni.
Disebabkan Eirna dah cuba makan menu ni,Eirna boleh bagi 4 bintang untuk rasa dan servis.Memang puas hati dengan rasa dia.


Qayyum paling teruja bila nampak Kuey Teow Kerang ni..Sampai nak tumpang rasa sikit pun dah bising tak cukup..Eirna memang raji mengusik si Qayyum ni sebab dia yang paling addict makan menu ni...

Selain Kuey Teow Kerang,terdapat juga menu lain di situ iaitu pizza. Tak semua orang suka makan macam kami anak beranak ni. Boleh la cuba ya..Rasa memang sedap dan memuaskan.

 Di Basri Kuey Teow Kerang ni,korang jangan risau bab parking sebab luas dan tak perlu nak berebut atau susah hati nak lintas jalan. Masa Eirna makan kat situ,kebanyakan pelanggan terdiri dari kalangan keluarga.Jadi bab parking ni memang kena ambil kira bila nak makan di luar.

Gerai ni memang bagus untuk golongan muda untuk lepak atau berkumpul dengan kawan-kawan.Pakcik balik dari masjid pun banyak juga singgah minum di gerai ni.Maknanya gerai Basri Kuey Teow Kerang ni sesuai sangat jadi port lepak yang strategik. Hahahahaha....

Nak cuba? Ni lokasi Basri Kuey Teow Kerang tu.









Oct 16, 2017

Penting ka Vitamin C nie?

Kalau cakap pasal Vitamin C,mesti korang fikir yang ia mesti bagus untuk kulit sahaja...Betul kan?
Kalau Eirna pun fikir benda yang sama.Selain dari ianya bagu untuk kulit,apa lagi fungsi Vitamin C ni ya? 

Bila Eirna search dalam Mr Google..banyak kelebihan sebenarnya Vitamin C ni.Jangan ingat ia bagus untuk kulit ja tau...Hehehehe..Sebelum pergi lebih lanjut pasal Vitamin C ni,perkara pertama yang perlu tahu ialah apa itu Vitamin C sebenarnya.

Apa itu Vitamin C? 
Vitamin C sebenarnya terdiri dari 3 unsur kimia iaitu Ascorbate Free Radical,Ascorbic Acid dan Dehyroascorbate di mana bertanggungjawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia,pelindung intracelular sel dan anti-oksidan.

 Vitamin C hanya boleh didapati melalui sumber makanan.Ianya mudah larut air dan mudah hilang dari tubuh badan mausia.Kiranya kalau korang stress,merokok,demam atau kurang tidur,vitamin C automatik hilang dari badan.Bukan senang tau nak kekalkan Vitamin C dalam badan kita.

Apa Fungsi Vitamin C ?
Vitamin C diperlukan dalam badan kita untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua anggota badan kita.Vitamin C juga membantu badan kita membuat kolagen iaitu protein penting yang digunakan untuk membina kulit,rawan,tendon,ligamen dan saluran darah.
Selain itu,ia bagus untuk tulang,gigi dan merawat atau menyembuhkan luka.

Fungsi lain kena la cari sendiri ya....Hahahaha..

Eirna sendiri pun masih baru bab pengambilan Vitamin C ni.Banyak produk Vitamin C di pasaran sekarang tapi kena berwaspada bab memilih produk kesihatan ni.
Kena tengok kesesuaian dengan badan kita juga.Jangan pakai bedal ja sebab taksub nak nampak cantik.

Macam Eirna lebih suka beli di farmasi sebab badan Eirna ni tak boleh terima sebarangan ubat.Boleh mudarat badan dibuatnya kalau salah pilih.Untuk Vitamin C, Eirna gunakan produk dari CCM iaitu Flavettes Vitamin C Effervescent Triple Advantage.

 
Eirna pilih Flavettes ni sebab selain Vitamin C,ia juga mengandungi Vitamin D dan Kalsium dan bebas gula.Bagus juga untuk Eirna yang ada penyakit darah tinggi dan susah makan ubat.


Setiap tablet disimpan dalam kertas aluminium bagi menjamin kualiti setiap tablet.
Satu tiub ada 10 tablet x 1 kali sehari = Boleh tahan sehingga 10 hari.



Tak susah untuk amalkan pengambilan Flavettes Vitamin C Effervescent. Cuma ambil satu tablet dan larutkan dalam segelas air kosong 1 x sehari.
 Siap untuk diminum. Rasa masam buah oren.
Bagi korang yang ragu-ragu mengenai Vitamin C ni, jangan risau jika korang ambik secara berlebihan.Ianya tidak memudaratkan badan korang.Nak tahu sebab apa? Badan kita cuma menggunakan sikit sahaja Vitamin C dimana yang selebihnya akan disingkirkan dari badan melalui air kencing.



Sep 21, 2017

Dengan Enchanteur Stunning,Qayyum mula tegur.....


Ingat lagi tak yang Eirna pernah update dlm IG pasal suprise box baldu tu? Yang tu sebenarnya produk terbaru dari Enchanteur iaitu Stunning....Haruman terbaru katanya...
 Produk ni juga la Qayyum mula tegur Eirna masa dalam kereta.Dia kata " Ermm...wanginya Mak ni...Cantik...Hahahaha..Tersipu-sipu la Eirna bila anak teruna kecil kata mcm tu...Sambil Mr E jeling tengok Eirna....Dalam hati kata...Macam abah dia..

Tu baru pakai body spray ja dah baru semerbak macam tu.Belum pakai EDT lagi tu..Rasanya boleh lari keluar kereta Mr E dan 2 Q macam tu....Hahahaha.....Hari tu Eirna dapat set lengkap tau...
Ada EDT,bedak talkum,deadorant,losyen dan body spray.Tak payah keluar modal la sebulan dua ni nak beli barang keperluan mcm ni....Box yang Eirna dapat pun mmg special sebab macam laci kecil siap dengan cermin...


Haruman terbaru ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia,kemanisan daripada Blackcurrant Bud dan Raspberry serta campuran Sandalwood di mana si pemakai pun akan terpesona dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri....Memang betul tau...Eirna sendiri tergoda dengan bauan Stunning ni....


Enchanteur juga telah memperbaharui bentuk botol rangkaian EDT di mana ia berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita yang memakai gaun berlipat dengan potongan duyung.Variasi warna botol pula berdasarkan wangian flora di dalamnya manakala penutup botol EDT berbentuk bunga mawar mekar.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Jul 26, 2017

Alhamdulilah,cukup umur dah hari ni....


Alhamdulilah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang Eirna bernafas di bumi ini.Hari ni genap la usia Eirna 34 tahun di samping keluarga kecil Eirna bersama Mr E.
Semoga Allah S.W.T panjangkan usia,murahkan rezeki dan berikan kesihatan yang baik untuk Eirna.
Amin Ya Rabbal Alamin

Semoga Allah S.W.T berikan kekuatan untuk Eirna jalankan tanggungjawab sebagai anak,kakak,isteri dan mak kepada 3Q dengan sempurna.


Jul 17, 2017

Qayyum kena neb pula kali ni.....


Qayyum kena nebulizer? 
Mesti terkejut kan sebab apa? Sebenarnya benda ni jadi selepas seminggu Eirna dan Mr E puasa sunat selepas seminggu beraya...Asalnya Eirna yang tak sihat..Demam panas..Esoknya pula Qayyum pula yang demam...Mr E pun sama..Tak berapa sihat.....Malam sebelum tu,Mr E ada beritahu Eirna yang Qayyum bernafas macam orang ada asma..Masa tu Qayyum tengah tidur....Siap meracau lagi...
Dalam hati,takkan kot Qayyum ada asma?

Apa lagi,esoknya kami empat beranak buat lawatan ke klinik panel mencari ubat.....Tak mau tunggu lama-lama....Takut semakin Qayyum terpaksa "bercuti" pada hari tu....Tak dapat hadir sekolah..Ramai juga orang kat klinik masa tu.Musim orang kena demam selsema kot.Bila sampai giliran kami,doktor beritahu yang kahak penuh dalam dada Qayyum dan nafas Qayyum berbeza.Macam orang ada penyakit asma...Kami just inform yang cuma Mr E sahaja yang ada asma dari kecil...Tak ada lagi antara 3Q yang ada penyakit yang sama. Doktor beritahu yang Qayyum hampir-hampir nak kena asma..Jadi Qayyum kena neb dulu untuk hilangkan kahak tu.....

Artikel dr blog Dr Zubaidi
 

Kiranya kali ni Mr E ada teman untuk neb sama-sama....Faham-faham je la kalau nak tggu orang neb memang lama..Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar tanpa tantrum dari Qayyum....Mungkin sebab saiz badan Qayyum yang sedikit berisi dan selera makan yang kuat,benda macam ni terjadi.Skrg pun Qayyum jarang buat aktiviti luar macam berbasikal disebabkan adik Qayyim sekolah seisi petang.

Kami terpaksa monitor lebih bab permakanan Qayyum kali ni...No "ice cream"....No air sejuk......Agak sukar sikit nak control bab ni...Tetapi alhmadulilah,Qayyum boleh ikut juga walaupun kadang-kadang skip ...Takut benda ni jadi balik....Kesian tengok bila jadi macam tu...Dia tak boleh nak "membuas" macam selalu....Cepat letih ....
Insha allah semuanya akan pulih....Nanti kita ajak abah buat aktiviti luar macam biasa balik ya.......

Jul 8, 2017

Spray8 : Spray Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas.


Spray8® dibuat menggunakan DermaXan®, ekstrak Garcinia mangostana proprietari dihasilkan oleh Furley Bioextracts boleh didapati secara eksklusif kepada rangkaian produk mereka sendiri.
DermaXan® 100% semula jadi menunjukkan fungsi/ ciri-ciri yang serupa dan boleh menyaingi bahan kimia konvensional.
  1. Antimikrob
    Juga membasmi dan menghentikan antibiotic resistant bacteria daripada bertambah
  2. Anti-radang
    Diuji pda tahap genetik untuk menghentikan keradangan melalui laluan/sistem yang sama seperti diclofenac.
Spray8® telah menunjukkan kejayaan luar biasa di Malaysia. Harganya berpatutan untuk semua orang. Ramai pelanggan telah mengalami penyembuhan luka yang lebih baik terutamanya mereka yang mempunyai diabetes.

 
 
Pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan menggunakan Spray8® seperti di bawah:
  • Luka disebabkan kencing manis
  • Penjagaan luka
  • Kecederaan kanak-kanak
  • Pertolongan cemas
  • Penjagaan warga tua
  • Kulit berkerubing & kulit kering (tua)
  • Kudis katil & ulser tekanan
  • Lecur disebabkan air panas
  • Keradangan
  • Gigitan serangga semut,nyamuk dan sebagainya.


Bagaimana menggunakannya? - Sembur Sahaja Mudah
1. Basuh kawasan terjejas.
2. Sembur ke kawasan tersebut dengan berhati-hati.
3. Sapu sehingga kering atau Biarkan ia kering ( 1 min)
4. Gunakan lapisan perlindungan jika diperlukan (Plaster/Kain Kasa).

Jul 7, 2017

Siapa Andre Soueid ni ?

Image result for andre soueid 

Siapa pernah tengok youtube pemain viola yang mainkan lagu Despacito yang hangat skrg ni?
Serius dia memang pandai main viola dia...Terpesona denga alunan viola dia tu...Bukan Eirna sorang ja yang terpesona ya...Mr E pun suka dengar jgk...Memang berbakat mamat dari Beirut,Lebanon ni...

Nama pemain viola ni sebenarnya Andre Soueid.Seorang pemain viola professional.Siap viola ada LED lagi bila dia buat pertunjukkan.Andre sebenarnya bekerja dengan Lebanese Oriental Orchestra sejak tahun 2010.Andre ni mula berjinak dalam muzik pada usia 9 tahun.
Dah la pandai main viola,muka pun boleh tahan juga.....Macam model....Hehehhe...
Oppss....Jangan marah ya Mr E..... 

Kalau nak dengar lagi vidoe Andre yang best giler ni,korang boleh ja masuk Youtube dia atau Instagram dia....

Jom dengar muzik video yang Eirna katakan tu..Gerenti korang pun terpersona dengan muzik yang Andre mainkan ni.....

 
Despacito

Ada satu lagi video muzik dia yang Eirna suka dengar....."Vivace". Suka tengok dia gesek viola tu...Ada chemistry dia dgn viola dia tu.Gabungan English + Oriental...Sampai boleh hasilkan muizk yang merdu..


Vivace Official Video by Andre Soueid




Jun 8, 2017

Althea's Raya Giveaway Festival

Psstt...korang mesti suka tengok drama Korea kan? Hero dan heroin Korea ni comel-comel.Betul tak?
Macam heroin dalam drama Love Rain ni....Yoona dari kumpulan SNSD..Cute orangnya..

Sumber : Google

Korang nak tak nampak comel macam Yoona ni? Jom shopping produk Korea di website Althea.
Takkan korang tak tahu pasal website Althea ni? Althea ialah satu platform online di mana korang boleh beli produk kecantikan Korea tanpa perlu ke negara Korea. Cuma pilih mana produk korang suka,bayar dan tunggu sahaja produk yang korang order tu sampai depan pintu.Produknya selamat digunakan tau.
Itu jaminan dari Althea Korea.


Setiap pembelian RM99 ke atas akan dapat penghantaran percuma dan setiap pendaftaran di Althea akan mendapat RM30 kredit. Rugi korang tak shopping kat Althea ni.

Berita baik untuk korang ni !!!!! 
Althea ada buat suprise untuk korang iaitu " Althea's Raya Giveaway Festival " sempena Aidilfitri tahun ini.

 Apa yang istimewa sangat dengan Althea Raya Giveaway Festival ni ?

Kalau korang shopping di Althea sepanjang bulan Ramadan ini,setiap pembelian yang orang order akan mendapat satu hadiah istimewa barangan mekap yang terpilih.Tak silap Eirna ada 11 jenis.
Jangan risau,yang ni tak perlu bayar.Percuma diberikan kepada korang ya.

Satu lagi yang bestnya shopping di Althea ni ialah box yang digunakan untuk letak produk yang korang order tu.Selalu tukar warna ikut musim.Macam sebelum ni warna pink sempena anniversary Althea yang pertama.Eirna simpan lagi tau box pink tu.Kiranya limited edition punya la.

Kali ni box bertukar ke warna hijau pula sempena Ramadhan.Kiranya korang order produk di Althea sekarang ni,nanti korang akan dapat Limited Edition Ramadhan Box macam kat bawah ni
Tunggu apa lagi.....Cepat la terjah website Althea untuk dapatkan box yang cantik ni..




Jun 2, 2017

Kekal bertenaga dengan Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey.

Sebut ja puasa,mesti korang bayangkan yang korang akan penat untuk lakukan aktiviti luar korang kan?Betul tak? Eirna pun fikir macam tu....Selain tu mesti rasa mengantuk sangat kat office kan?Mata tu dah macam kena gam......Sebenarnya semua tu korang boleh elakkan dengan mencuba produk dari Surya Malaysia iaitu Surya Apple Cider Vinegar With Natural Honey tau !!!!!!


Produk dari Surya Malaysia ni tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.Menggunakan jus epal asli yang segar dari pembekal di Amerika Syarikat dan madu mentah dari ladang tempatan.
Ianya memang berkhasiat,mempunyai rasa yang sedap dan yang paling penting ia dijamin halal dan boleh korang beli dengan harga yang mampu milik. Tak mahal sebenarnya produk dari Surya Malaysia ni.

Cuka epal banyak khasiatnya sama seperti madu lebah di mana ia mempunyai sumber anti-oksida yang mempunyai keupayaan meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di mana ia mampu melumpuhkan sistem imunisasi badan korang.Selain itu,ia dapat membantu pesakit diabetis di mana ia mampu merendahkan kadar glukosa dan tahap insulin dalam darah.Pesakit hypertension@darah tinggi dan gastrik pun boleh menggunakan produk ini.
 Selain itu ia mampu memulihkan tenaga yang hilang akibat aktiviti yang korang lakukan terutama sekali di bulan Ramadhan ini.Korang yang ada masalah sakit tekak atau kering tekak wajib ambil cuka epal ni.Mujarab kesannya.

Nak tahu cara penggunaannya? Mudah sahaja.Korang boleh campurkan cuka epal ni di dalam masakan,jus atau menggantikan kordial kegemaran korang. Chef Wan pun gunakan cuka epal dari Surya Malaysia ini dalam masakan ayam masak merah dan acar sebagai pengganti asam jawa.


Eirna pun dah cuba waktu sahur dengan membancuh cuka epal dari Surya Malaysia ini dengan segelas air suam. wOWww..Rasa selesa tekak bila minum air yang dibancuh dengan cuka epal ni.
Pasal bau jangan risau ya...Tak ada bau yang kurang selesa dengan adanya madu asli.
Masalah mengantuk di office pun hilang.Alhamdulilah.....Mujarab juga produk dari Surya Malaysia ni.




 Cuka epal dengan madu asli ini terdapat dalam saiz 450ml dan boleh didapati di Lazada,Shopee dan Watsons.

Maklumat lanjut mengenai Surya Apple Cider Vinegar dengan Madu Asli ni boleh didapati di media sosial seperti di bawah :-