Apr 17, 2017

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W 2017 di Muzium Negeri Kedah


Syukur kepada Ilahi berpeluang melihat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat  R.A di Muzium Negeri Kedah.
27 artifak asli yang dipamerkan dibawa dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia untuk dilihat,dinilai dan dihayati oleh masyarakat dengan perjuangan baginda dan para sahabatnya.Buat kali pertamanya,Muzium Negeri Kedah dipilih untuk menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan para Sahabat R.A.

Muzium Negeri Kedah

Pameran ini telah berlangsung dari 20 Mac 2017 sehingga 19 April 2017.
Antara artifak yang dipamerkan di situ ialah capal Rasulullah S.A.W,helaian rambut Rasulullah S.A.W,pedang Rasulullah S.AW. dan sebagainya.

 Pedang milik salah seorang para sahabat Rasulullah S.A.W


Serban Rasulullah S.A.W kerana Rasulullah gemar memakai penutup kepala.


Lebih senang dan mudah jika dibeli secara online.

 INFO PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A

Tarikh Pameran : 20 Mac 2017 - 19 April 2017
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Waktu Pameran : Isnin hingga Ahad ( 10 pagi - 10 malam )
Jumaat ( tutup jam 12 tengah hari - 3 petang )

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 20.00/seorang
Pelajar : RM 10.00/seorang
Warga Emas : RM10.00/seorang
OKU : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun keatas : RM10.00/seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma 

Pembelian tiket adalah secara "online" dan klik link@banner di bawah untuk membeli tiket masuk.

http://www.tamadunislam.com/product/pameran-artifak-rasulullah-kedah/?v=0c23032714f8

Terdapat juga cabutan bertuah bagi setiap pengunjung yang terpilih iaitu :

* Setiap 1,000 : Sehelai T-shirt 
* Setiap 10,000 : Sehelai T-shirt dan Al-Quran Digital
*100,00 : Sehelai T-shirt + Al-Quran Digital + Pakej Umrah utk seorang

Lokasi Pameran

No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..