About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Jun 8, 2017

Althea's Raya Giveaway Festival

Psstt...korang mesti suka tengok drama Korea kan? Hero dan heroin Korea ni comel-comel.Betul tak?
Macam heroin dalam drama Love Rain ni....Yoona dari kumpulan SNSD..Cute orangnya..

Sumber : Google

Korang nak tak nampak comel macam Yoona ni? Jom shopping produk Korea di website Althea.
Takkan korang tak tahu pasal website Althea ni? Althea ialah satu platform online di mana korang boleh beli produk kecantikan Korea tanpa perlu ke negara Korea. Cuma pilih mana produk korang suka,bayar dan tunggu sahaja produk yang korang order tu sampai depan pintu.Produknya selamat digunakan tau.
Itu jaminan dari Althea Korea.


Setiap pembelian RM99 ke atas akan dapat penghantaran percuma dan setiap pendaftaran di Althea akan mendapat RM30 kredit. Rugi korang tak shopping kat Althea ni.

Berita baik untuk korang ni !!!!! 
Althea ada buat suprise untuk korang iaitu " Althea's Raya Giveaway Festival " sempena Aidilfitri tahun ini.

 Apa yang istimewa sangat dengan Althea Raya Giveaway Festival ni ?

Kalau korang shopping di Althea sepanjang bulan Ramadan ini,setiap pembelian yang orang order akan mendapat satu hadiah istimewa barangan mekap yang terpilih.Tak silap Eirna ada 11 jenis.
Jangan risau,yang ni tak perlu bayar.Percuma diberikan kepada korang ya.

Satu lagi yang bestnya shopping di Althea ni ialah box yang digunakan untuk letak produk yang korang order tu.Selalu tukar warna ikut musim.Macam sebelum ni warna pink sempena anniversary Althea yang pertama.Eirna simpan lagi tau box pink tu.Kiranya limited edition punya la.

Kali ni box bertukar ke warna hijau pula sempena Ramadhan.Kiranya korang order produk di Althea sekarang ni,nanti korang akan dapat Limited Edition Ramadhan Box macam kat bawah ni
Tunggu apa lagi.....Cepat la terjah website Althea untuk dapatkan box yang cantik ni..




Jun 2, 2017

Kekal bertenaga dengan Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey.

Sebut ja puasa,mesti korang bayangkan yang korang akan penat untuk lakukan aktiviti luar korang kan?Betul tak? Eirna pun fikir macam tu....Selain tu mesti rasa mengantuk sangat kat office kan?Mata tu dah macam kena gam......Sebenarnya semua tu korang boleh elakkan dengan mencuba produk dari Surya Malaysia iaitu Surya Apple Cider Vinegar With Natural Honey tau !!!!!!


Produk dari Surya Malaysia ni tidak mengandungi sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.Menggunakan jus epal asli yang segar dari pembekal di Amerika Syarikat dan madu mentah dari ladang tempatan.
Ianya memang berkhasiat,mempunyai rasa yang sedap dan yang paling penting ia dijamin halal dan boleh korang beli dengan harga yang mampu milik. Tak mahal sebenarnya produk dari Surya Malaysia ni.

Cuka epal banyak khasiatnya sama seperti madu lebah di mana ia mempunyai sumber anti-oksida yang mempunyai keupayaan meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di mana ia mampu melumpuhkan sistem imunisasi badan korang.Selain itu,ia dapat membantu pesakit diabetis di mana ia mampu merendahkan kadar glukosa dan tahap insulin dalam darah.Pesakit hypertension@darah tinggi dan gastrik pun boleh menggunakan produk ini.
 Selain itu ia mampu memulihkan tenaga yang hilang akibat aktiviti yang korang lakukan terutama sekali di bulan Ramadhan ini.Korang yang ada masalah sakit tekak atau kering tekak wajib ambil cuka epal ni.Mujarab kesannya.

Nak tahu cara penggunaannya? Mudah sahaja.Korang boleh campurkan cuka epal ni di dalam masakan,jus atau menggantikan kordial kegemaran korang. Chef Wan pun gunakan cuka epal dari Surya Malaysia ini dalam masakan ayam masak merah dan acar sebagai pengganti asam jawa.


Eirna pun dah cuba waktu sahur dengan membancuh cuka epal dari Surya Malaysia ini dengan segelas air suam. wOWww..Rasa selesa tekak bila minum air yang dibancuh dengan cuka epal ni.
Pasal bau jangan risau ya...Tak ada bau yang kurang selesa dengan adanya madu asli.
Masalah mengantuk di office pun hilang.Alhamdulilah.....Mujarab juga produk dari Surya Malaysia ni.




 Cuka epal dengan madu asli ini terdapat dalam saiz 450ml dan boleh didapati di Lazada,Shopee dan Watsons.

Maklumat lanjut mengenai Surya Apple Cider Vinegar dengan Madu Asli ni boleh didapati di media sosial seperti di bawah :-










Jun 1, 2017

Bersahur @ Berbuka dengan Produk dari Le Langgri Foods.

Langgri
LanggriHari ni masuk hari ke-5 berpuasa.Bila sampai bulan Ramadhan,mesti kena fikir menu untuk sahur dan berbuka.Maklumla Eirna kan wanita yang berkerjaya.Kadang-kadang tak ada masa nak masak untuk family kecuali hari minggu.Kebiasaannya Eirna akan beli juadah berbuka di pasar Ramadhan.Beli sekali untuk sahur sama.

Kali ni,Eirna ada produk baru untuk korang cuba masa sahur atau berbuka.Eirna dah cuba makan produk ni masa sahur baru-baru ni. Boleh tahan juga rasanya.Nak tahu apa produk yang Eirna sebut-sebutkan ni?
Ni la produk tu...Hehehehehe....Ni masa owner produk ni pos kat office.


Ni baru betul....Produk dari Langgri iaitu Sambal Sotong dan Sambal Ikan Kurau.Comel kan botol dia?
Selain dua jenis sambal ni,Eirna diberitahu yang diaorang dah keluarkan satu lain produk baru berunsur vegetarian iaitu Sambal Cendawan Shitake.

Owner produk dari Langgri ni datangnya dari Le Langgri Foods yang bertempat di Kluang,Johor.Jauh tau owner ni pos kat Eirna untuk review.


Bagi yang sukakan makanan pedas,boleh la cuba Sambal Sotong dan Sambal Ikan Kurau Langgri ni.
Sedap tau makan dengan nasi panas.Selain nasi,korang boleh makan dengan roti atau pasta.
Bau sambalnya sedap dan wangi. Rasa pedas dan masam sebab dicampurkan dengan cuka dan halia.
Produk Langgri lebih kepada rasa masakan dari India.
Yang paling best tentang sambal dari Langgri ni ialah Sedia utk Dimakan ( Ready to Eat ).Tak perlu dimasak.
Buka botol,cedok dengan sudu kering dan boleh terus makan.
  

Tak silap Eirna,harga utk satu botol ialah RM10 tak termasuk kos pos.Produk dari Langgri hanya dijual di beberapa tempat sahaja.Jadi korang boleh order terus melalui telefon no: 016-7468484 @ mail ke lelanggrifoods@gmail.com

Sebenarnya dengan produk Langgri ni bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja.Korang boleh mempelbagaikan sambal dari Langgri ni dengan mudah.

Jom kita tengok resepi dari Langgri ni.








Maklumat lanjut mengenai produk dari Langgri,


Instagram :  @Langgri