Feb 15, 2017

Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition@ LIMA'17

Siapa pernah pergi ke Langkawi untuk tengok LIMA ?? Angkat tangan
Hah ? Tak tahu apa tu LIMA ?
 Ala...LIMA tu sebenarnya ialah Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi...
Memang ia selalu diadakan di Langkawi ,Kedah.Ini kira nama panjang utk LIMA la..Hehehehe..
Pameran LIMA adalah pameran terbesar di Rantau Asia Pasifik.

Buat pengetahuan korang,LIMA mula diperkenalkan pada tahun 1991 dimana cuma 100 syarikat menyertai pameran tersebut. 
  Kali terakhir ia diadakan ialah pada tahun 2015 dan kini akan mula beraksi pada 21 hingga 25 Mac tahun ini. 
Target penyertaan utk tahun ni ialah 550 syarikat dari 38 negara dan 40,000 pengunjung.

Bagi korang yang minat dengan maritim atau aero angkasa,jangan lupa ambil kesempatan ke pameran ni.
Banyak ilmu yang korang boleh dapat.Boleh tengok kapal besar,kapal selam,jet dan sebagainya.



Kebetulan tahun ini jatuh pada musim cuti sekolah.Confirm mesti ramai orang berada di sana.Bawa keluarga bercuti sambil tengok pameran.

Pendaftaran untuk pass secara talian pun dah dibuka sehingga 20 Februari ni.Pra pendaftaran di mana korang booking dulu dan pass akan korang collect di kaunter. Kan senang x payah la nak berebut dgn orang yang beli secara " walk in ".



Ni penaja yang terlibat untuk menjayakan pameran LIMA'17

Penaja Utama




Pass masuk untuk LIMA'17 ialah RM100/seorang di mana korang boleh pergi masuk keseluruhan pameran.Best kan?
Kalau korang nak dapatkan diskaun untuk pass LIMA'17 ni,korang boleh cari kupon diskaun di majalah rasmi LIMA atau dapatkan pass percuma dengan join contest di laman FB atau twitter LIMA'17
 Mana la tahu rezeki korang dapat pass percuma..

http://www.limaexhibition.com/visitors-trade-overview.php

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai pameran LIMA'17 ni,boleh cari di website dan lama sosial LIMA'17 yang kat bawah ni.

Website :  limaexhibiton.com

Facebook : https://www.facebook.com/lima.langkawi/

Instagram : lima_exhibition

Twitter : LimaExhibiton

Emel :   registration@limaexhibition.com

..................................................................................................................................................................

Ni info yang Eirna baru dapat dari FB LIMA'17 tadi.

MAKLUMAT UMUM LIMA’17

A) SEGMEN AEROANGKASA – DEWAN MAHSURI (MIEC)
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dibuka kepada delegasi dan pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Pelawat yang tidak berpakaian formal dan pelawat berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk semasa hari perdagangan
Waktu: 10.00 – 5.00 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.
Waktu Pameran Statik Aeroangkasa: 9.00 – 4.00 petang
Waktu Dewan Mahsuri: 10.00 – 5.00 petang

B) SEGMEN MARITIM - RESORTS WORLD LANGKAWI
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Waktu Masuk Dewan Maritim: 10.00 – 5.30 petang
Waktu Pameran Statik Maritim & Kapal: 8.00 – 6.30 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.

22 – 25 Mac 2017 l Rabu – Sabtu
Dewan Pameran TLDM, Pameran Statik Maritim & Kapal Perang dibuka kepada pelawat awam.
Masuk Percuma

JADUAL PERTUNJUKAN HARIAN
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
0800 – 1830 Ships Display
1200 – 1430 Aerial Display
1530 – 1615 Maritime VIP Demo (hari pertama sahaja)
1700 - 1830 Fleet Review (hari ketiga sahaja)

Nota: Satu (1) sesi pertunjukan pada hari pelawat perdagangan

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
0800 – 1830 Ships Display
0900 – 1600 Aircraft Static
1000 – 1200 Aerial Display (I)
1430 – 1630 Aerial Display (II)
1000 – 1200 Boat Demo
1630 – 1730 Maritime Demo

Nota: Dua (2) sesi pertunjukan pada hari pelawat awam

TIKET PAMERAN
1. Tiket masuk boleh dibeli di setiap pintu masuk pameran segmen aeroangkasa (Dewan Mahsuri (MIEC) & segmen maritim (Resorts World Langkawi) mulai 21 Mac 2017.
2. Tiket juga boleh ditempah awal melalui pendaftaran secara online di laman web LIMA. Cetak email pengesahan tempahan dan bawa semasa mendaftar di kaunter.
3. Caj bayaran tiket bergantung kepada tarikh masuk ke tempat pameran.


Maklumat lanjut:
layari laman web www.limaexhibition.com
atau hubungi 03 2011 7233 (waktu pejabat)