About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Jun 1, 2017

Bersahur @ Berbuka dengan Produk dari Le Langgri Foods.

Langgri
LanggriHari ni masuk hari ke-5 berpuasa.Bila sampai bulan Ramadhan,mesti kena fikir menu untuk sahur dan berbuka.Maklumla Eirna kan wanita yang berkerjaya.Kadang-kadang tak ada masa nak masak untuk family kecuali hari minggu.Kebiasaannya Eirna akan beli juadah berbuka di pasar Ramadhan.Beli sekali untuk sahur sama.

Kali ni,Eirna ada produk baru untuk korang cuba masa sahur atau berbuka.Eirna dah cuba makan produk ni masa sahur baru-baru ni. Boleh tahan juga rasanya.Nak tahu apa produk yang Eirna sebut-sebutkan ni?
Ni la produk tu...Hehehehehe....Ni masa owner produk ni pos kat office.


Ni baru betul....Produk dari Langgri iaitu Sambal Sotong dan Sambal Ikan Kurau.Comel kan botol dia?
Selain dua jenis sambal ni,Eirna diberitahu yang diaorang dah keluarkan satu lain produk baru berunsur vegetarian iaitu Sambal Cendawan Shitake.

Owner produk dari Langgri ni datangnya dari Le Langgri Foods yang bertempat di Kluang,Johor.Jauh tau owner ni pos kat Eirna untuk review.


Bagi yang sukakan makanan pedas,boleh la cuba Sambal Sotong dan Sambal Ikan Kurau Langgri ni.
Sedap tau makan dengan nasi panas.Selain nasi,korang boleh makan dengan roti atau pasta.
Bau sambalnya sedap dan wangi. Rasa pedas dan masam sebab dicampurkan dengan cuka dan halia.
Produk Langgri lebih kepada rasa masakan dari India.
Yang paling best tentang sambal dari Langgri ni ialah Sedia utk Dimakan ( Ready to Eat ).Tak perlu dimasak.
Buka botol,cedok dengan sudu kering dan boleh terus makan.
  

Tak silap Eirna,harga utk satu botol ialah RM10 tak termasuk kos pos.Produk dari Langgri hanya dijual di beberapa tempat sahaja.Jadi korang boleh order terus melalui telefon no: 016-7468484 @ mail ke lelanggrifoods@gmail.com

Sebenarnya dengan produk Langgri ni bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja.Korang boleh mempelbagaikan sambal dari Langgri ni dengan mudah.

Jom kita tengok resepi dari Langgri ni.








Maklumat lanjut mengenai produk dari Langgri,


Instagram :  @Langgri